Perlembagaan Persekutuan memelihara prinsip Rahmatan Lil 'Alamin
Abstract
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Raja-Raja Melayu dengan Ratu England pada tahun 1957 kerana di sana melibatkan kepentingan sembilan buah Kerajaan Negeri Melayu dan dua buah Negeri Selat. Penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan evolusi perkembangan perlembagaan di Tanah Melayu yang suatu masa dahulu berada di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka, hinggakan Tanah Melayu di bawah wilayah kesultanan itu dikenali sebagai Melaka.