Statistik Ekonomi Malaysia: Indeks Harga Pengguna (IHP)
Abstract
Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat dengan kadar perlahan kepada 1.0 peratus pada 2018
berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan indeks ini didorong oleh kumpulan Perumahan, air, elektrik,
gas & bahan api lain (2.0%), Makanan & minuman bukan alkohol (1.6%), Pengangkutan (1.6%),
Restoran & hotel (1.6%), Pendidikan (1.1%), Kesihatan (0.8%) dan Hiasan, perkakasan &
penyelenggaraan isi rumah (0.3%).