Statistik Sosial Malaysia: Pendapatan Isi Rumah
Abstract
Pendapatan isi rumah bulanan penengah
Malaysia telah meningkat RM4,585 (2014)
kepada RM5,228 (2016) dengan kadar
pertumbuhan tahunan 6.6 peratus setahun.
Pada 2016, W.P. Kuala Lumpur mencatatkan
pendapatan penengah tertinggi iaitu RM9,073
diikuti oleh W.P. Putrajaya (RM8,275),
Selangor (RM7,225), W.P. Labuan (RM5,928),
Johor (RM5,652), Melaka (RM5,588) dan
Pulau Pinang (RM5,409). Negeri-negeri lain
merekodkan pendapatan penengah di bawah
paras nasional iaitu RM5,228.