Statistik Sosial Perlis - Kesihatan
Abstract
Bilangan anggota perubatan kerajaan dan swasta di Perlis meningkat pada 2016. Bilangan doktor pada tahun 2016 adalah seramai 527 orang bertambah 52 orang berbanding tahun 2015. Bilangan doktor gigi bertambah 20 orang kepada 99 orang pada tahun 2016. Manakala, jururawat termasuk jururawat masyarakat bertambah 52 orang kepada 1,287 orang pada tahun 2016. Bilangan katil di hospital kerajaan dan swasta
kekal 408 buah katil pada 2015 dan 2016.