Statistik Sosial Malaysia - Pendapatan Isi Rumah
Abstract
Pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia telah meningkat RM4,585 (2014)
kepada RM5,228 (2016) dengan kadar pertumbuhan tahunan 6.6 peratus setahun.
Pada 2016, W.P. Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan penengah tertinggi iaitu RM9,073 diikuti oleh W.P. Putrajaya (RM8,275), Selangor (RM7,225), W.P. Labuan (RM5,928), Johor (RM5,652), Melaka (RM5,588) dan Pulau Pinang (RM5,409). Negeri-negeri lain merekodkan pendapatan penengah di bawah paras nasional iaitu RM5,228.