Statistik Sosial Malaysia - Perkhidmatan Kebajikan
Abstract
Bilangan kes baharu Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar pada tahun 2016 di Malaysia dalam kategori fizikal adalah tertinggi iaitu 17,282 kes dan menunjukkan pengurangan berbanding tahun sebelumnya (17,768 kes). Ini diikuti kategori masalah pembelajaran iaitu 14,093 kes, berkurang 1,169 berbanding tahun sebelumnya (15,262 kes).