Indeks Pengeluaran Perindustrian, Malaysia Januari 2018*
Abstract
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 3.0 peratus pada bulan Januari 2018 berbanding bulan yang sama
tahun sebelumnya. Peningkatan pada bulan Januari 2018 disokong oleh pertumbuhan positif dalam semua indeks: Pembuatan (4.8
%), Perlombongan (1.5%) dan indeks Elektrik (4.3%).
Output sektor Pembuatan meningkat sebanyak 4.8 peratus pada bulan Januari 2018 selepas mencatatkan peningkatan sebanyak
5.3 peratus pada Disember 2017. Sub-sektor utama yang mencatatkan peningkatan pada bulan Januari 2018 adalah: Produk
Makanan, Minuman dan Tembakau (14.4%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (2.1%) dan Produk Peralatan Elektrik
dan Elektronik (4.0%).
Output sektor Perlombongan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.5 peratus pada bulan Januari 2018 (Disember 2017 : -4.1%).
Pertumbuhan ini disumbangkan oleh peningkatan dalam indeks Minyak Mentah (1.8%) dan indeks Gas Asli (1.5%).
Output sektor Elektrik meningkat sebanyak 4.3 peratus pada bulan Januari 2018 selepas mencatatkan 3.9 peratus pada bulan
Disember 2017.