Imbangan Pembayaran Suku Tahunan, Suku Tahun Keempat 2017
Abstract
Pada tahun 2017, imbangan akaun semasa merekodkan lebihan lebih tinggi RM40.3 bilion daripada RM29.0 bilion tahun lepas.
Prestasi yang kukuh dalam eksport barangan menyumbang kepada lebihan yang tinggi RM118.1 bilion. Sementara itu, bagi aliran
pelaburan langsung, Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM39.2 bilion dan Pelaburan
Langsung Malaysia di Luar Negeri (DIA) mencatatkan aliran keluar bersih RM26.8 bilion.
Pada suku keempat 2017, Imbangan Pembayaran Malaysia merekodkan lebihan tertinggi RM12.9 bilion berbanding semua suku
sebelumnya bagi keseluruhan tahun. Bagi aliran pelaburan langsung, FDI di Malaysia merekodkan aliran masuk RM2.8 bilion,
manakala DIA mencatatkan aliran masuk bersih RM2.3 bilion.