Imbangan Pembayaran Suku Tahunan, Suku Tahun Kedua 2017
Abstract
Pada suku kedua 2017, Imbangan Pembayaran Malaysia mencatatkan lebihan yang lebih tinggi pada akaun semasa RM9.6 bilion
berbanding RM5.3 bilion pada suku lepas. Sementara itu, akaun kewangan merekodkan aliran masuk bersih RM7.3 bilion
daripada aliran keluar bersih RM8.8 bilion. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM2.7 bilion pada
S2 2017 (S1 2017: berkurang RM1.8 bilion).