Produktiviti Buruh Suku Keempat 2017
Abstract
Produktiviti Buruh Malaysia tumbuh 3.6 peratus (RM85,031) pada suku keempat 2017 selepas mencatatkan 4.1 peratus
(RM82,433) pada S3 2017. Pada suku ini, ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus (S3 2017: 6.2%) manakala pekerja
meningkat 2.2 peratus (S3 2017: 2.0%). Sektor Pertanian mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh 4.8 peratus (S3 2017: 5.2%) pada RM55,490. Nilai
ditambah sektor ini meningkat kukuh pada 10.7 peratus (S3 2017: 4.1%) manakala pekerja pulih kepada 5.6 peratus
(S3 2017: -1.1%).
Produktiviti buruh bagi sektor Perlombongan dan Pengkuarian pulih kepada 4.7 peratus (RM1,240,137) daripada pertumbuhan
negatif 8.5 peratus pada suku sebelumnya. Nilai ditambah sektor ini merekodkan penurunan marginal sebanyak 0.5 peratus
(S3 2017: +3.1%) manakala pekerja jatuh pada kadar yang lebih laju 5.0 peratus (S3 2017: +12.6%).
Produktiviti buruh sektor Pembuatan meningkat 3.6 peratus (S3 2017: 5.1%) pada RM115,434. Pada suku ini, nilai ditambah
meningkat 5.4 peratus (S3 2017: 7.0%) manakala pekerja meningkat sedikit sebanyak 1.8 peratus (S3 2017:1.7%).
Sektor Pembinaan merekodkan pertumbuhan produktiviti buruh 1.4 peratus (S3 2017: 4.8%) pada RM39,967.
Pertumbuhan nilai ditambah sektor ini adalah 5.8 peratus (S3 2017: 6.1%) manakala pekerja meningkat 4.3 peratus (S3 2017:
1.2%).
Produktiviti buruh sektor Perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus (S3 2017: 3.7%) pada suku ini dengan nilai
RM76,794. Nilai ditambah sektor ini mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus (S3 2017: 6.5%) manakala pekerja meningkat
1.5 peratus (S3 2017: 2.7%).
Pada tahun 2017, produktiviti buruh meningkat 3.6 peratus (2016: 3.5%) dengan nilai RM81,039 (2016: RM78,244). Selari
dengan peningkatan nilai ditambah pada 5.9 peratus (2016: 4.2%), pekerja meningkat 2.2 peratus (2016: 0.7%).
Collections
Related items
Showing items related by title, author, creator and subject.
-
Produktiviti Buruh Suku Ketiga 2017
Malaysia, Jabatan Perangkaan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017-11-27)Pada suku ketiga 2017, produktiviti buruh Malaysia meningkat 4.2 peratus tahun ke tahun kepada RM82,456 selepas mencatatkan 4.0 peratus (RM79,693) pada suku sebelumnya. Pertumbuhan ini adalah selari dengan peningkatan ... -
Pelan induk sasar pertumbuhan produktiviti buruh
Irwan Shafrizan, Ismail (Berita Harian, 2017-05-09) -
Produktiviti buruh naik 4.2 peratus
Safina, Ramli (Utusan Malaysia, 2017-11-28)