Perangkaan Penting, Malaysia, 2015
Abstract
Jumlah kelahiran hidup yang dicatatkan pada 2015 adalah 521,136 dengan penurunan sebanyak 1.4 peratus berbanding 2014
(528,612). Kadar kelahiran kasar mencatatkan penurunan daripada 17.2 (2014) kepada 16.7 (2015) bagi setiap 1,000 penduduk.
Pada 2015, kelahiran hidup lelaki dan perempuan masing–masing adalah sebanyak 269,255 dan 251,881. Sementara itu, bilangan
kelahiran hidup 2014 adalah 273,139 lelaki dan 255,473 perempuan.