Banci Ekonomi 2016 - Perlombongan Dan Pengkuarian
Abstract
Laporan ini membentangkan perangkaan bagi subsektor perlombongan mineral dan pengkuarian untuk tahun rujukan 2015
berdasarkan kepada Banci Ekonomi 2016. Subsektor perlombongan mineral merujuk kepada perlombongan bauksit, emas, batu
arang, bijih besi, bijih timah, ilmenit, pembilasan amang dan perlombongan lain. Manakala subsektor pengkuarian merujuk
kepada pengkuarian granit, batu kapur, pengekstrakan pasir dan pengkuarian batu lain. Secara keseluruhan, sebanyak 869 pertubuhan yang terlibat dalam sektor perlombongan dan pengkuarian pada tahun 2015
berbanding 402 pertubuhan pada tahun 2010. Nilai output kasar bagi sektor ini berjumlah RM10,667.2 juta dengan kadar
pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 18.9 peratus setahun dalam tempoh 2010 dan 2015. Jumlah bilangan pekerja
bagi sektor ini turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 16.1 peratus (40,656 orang) dengan gaji & upah sebanyak RM1,209.8
juta.
Collections
Related items
Showing items related by title, author, creator and subject.
-
Statistik Ekonomi Perlombongan dan Pengkuarian : Statistik Utama Sektor Perlombongan dan Pengkuarian Mengikut Negeri, Malaysia, 2015
Malaysia, Jabatan Perangkaan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018-07) -
Statistik Utama Sektor Perlombongan dan Pengkuarian Mengikut Negeri, Malaysia, 2015
Malaysia, Jabatan Perangkaan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019-07) -
Prestasi sektor perlombongan dan pengkuarian, Perlis, 2015-2020
Malaysia, Jabatan Perangkaan (Jabatan Perangkaan, Malaysia, 2021-08)