Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia Jun 2017
Abstract
Sektor Pembuatan mencatatkan nilai jualan RM62.3 bilion pada Jun 2017
Nilai jualan sektor Pembuatan pada Jun 2017 terus mencatatkan peningkatan kukuh 11.5 peratus dengan nilai jualan
RM62.3 bilion berbanding RM55.8 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan Jun 2017 adalah didorong oleh peningkatan dalam semua
subsektor terutamanya kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (15.4%), Produk Petroleum, Kimia, Getah
dan Plastik (15.3%) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (5.7%). Ketiga-tiga
subsektor ini menyumbang 80.6 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan.