Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia September 2017
Abstract
Nilai jualan sektor Pembuatan pada September 2017 terus mencatatkan peningkatan kukuh 10.6 peratus dengan nilai jualan
RM65.4 bilion berbanding RM59.1 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan September 2017 adalah didorong oleh peningkatan dalam semua
subsektor terutamanya kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (9.2%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan
Plastik (15.5%) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (6.9%). Ketiga-tiga subsektor
ini menyumbang 80.6 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan.