Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia Julai 2017
Abstract
Nilai jualan sektor Pembuatan pada Julai 2017 terus mencatatkan peningkatan kukuh 22.2 peratus dengan nilai jualan
RM63.9 bilion berbanding RM52.3 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan Julai 2017 adalah didorong oleh peningkatan dalam semua
subsektor terutamanya kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (27.6%), Produk Petroleum, Kimia, Getah
dan Plastik (24.0%) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (10.2%). Ketiga-tiga
subsektor ini menyumbang 80.4 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan.