Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia Mac 2017
Abstract
Nilai jualan sektor Pembuatan pada Mac 2017 mencatatkan RM65.9 bilion, peningkatan kukuh sebanyak 13.6% (RM7.9 bilion)
berbanding RM58.0 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan Mac 2017 adalah berikutan peningkatan dalam semua subsektor terutama
kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (11.7%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (17.9%) dan Produk
Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (10.1%). Ketiga-tiga subsektor ini menyumbang 80.0%
kepada nilai jualan sektor pembuatan.