Indeks Pengeluaran Perindustrian, Malaysia April 2017
Abstract
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 4.2% pada bulan April 2017 (Mac 2017 : 4.6%) berbanding bulan
yang sama tahun sebelumnya disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor Pembuatan sebanyak 6.7%. Walau bagaimanapun
indeks Perlombongan dan Elektrik menurun masing-masing sebanyak 2.0% dan 1.5%.