Indeks Perdagangan Luar Negeri Malaysia November 2017
Abstract
Berasaskan bulan ke bulan, pada November 2017, indeks nilai seunit eksport meningkat 0.4% kepada 112.9 mata. Ini
disumbangkan oleh minyak galian (+2.9%), minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+1.1%) dan bahan kimia (+0.7%).
Sementara itu, indeks volum eksport turut naik sebanyak 0.9% kepada 139.0 mata. Ini disebabkan oleh bahan kimia (+3.8%), alat
jentera & kelengkapan pengangkutan (+3.4%) dan pelbagai barang keluaran kilang (+1.3%). Bagi data pelarasan musim, indeks
volum eksport merekodkan kenaikan 4.5% kepada 136.7 mata
Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan
sebanyak 4.6% dan 9.7%.