Indeks Perdagangan Luar Negeri Malaysia Januari 2018
Abstract
Berasaskan bulan ke bulan, pada Januari 2018, indeks nilai seunit eksport mencatatkan penurunan 0.2% kepada 112.6 mata yang
disumbangkan oleh minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (-3.6%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.3%) dan
pelbagai barang keluaran kilang (-0.1%). Sebaliknya, indeks volum eksport meningkat 4.7% kepada 138.3 mata. Peningkatan ini
disebabkan oleh minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+18.7%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+11.3%) dan
bahan kimia (+2.3%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport berkembang 11.8% kepada 142.5 mata.
Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan
sebanyak 0.4% dan 17.4%.