Indeks Perdagangan Luar Negeri Malaysia Disember 2017
Abstract
Berasaskan bulan ke bulan, pada Disember 2017, indeks nilai seunit eksport merekodkan penurunan 0.1% kepada 112.9 mata. Ini
disumbangkan oleh minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (-4.0%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.5%) dan
pelbagai barang keluaran kilang (-0.1%). Indeks volum eksport juga jatuh 4.9% kepada 132.1 mata. Ini disebabkan oleh alat
jentera & kelengkapan pengangkutan (-10.3%), minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (-9.4%) dan barang-barang keluaran
kilang (-5.9%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport jatuh 8.3% kepada 125.3 mata.
Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan
sebanyak 2.0% dan 3.0%.