Pengaruh Pengurusan Risiko Kepada Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana: Pendekatan ERM
Abstract
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah satu sektor yang merupakan
tunjang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sumbangan PKS
ini boleh dilihat dari pelbagai sudut antaranya ialah sumbangan kepada
Keluaran Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara, menawarkan peluangpeluang
pekerjaan, mempelbagaikan produk-produk di pasaran,
mewujudkan persaingan, memperbanyakkan idea-idea baru dan lain-lain
lagi. Namun begitu, prestasi sektor ini masih lagi menjadi satu topik
perbincangan dalam kalangan para ilmuan mahupun para pengamal industri.
Hal ini demikian kerana sektor ini belum mencapai tahap prestasi yang
membanggakan. Keadaan ini merupakan satu perkara yang amat
membimbangkan. Kajian konseptual ini akan cuba untuk mengupas prestasi
PKS bersandarkan kajian-kajian lepas dari pendekatan Pengurusan Risiko
Bersepadu (ERM). Dicadangkan bahawa penekanan yang sewajarnya harus
diberikan kepada aspek pengurusan risiko dalam usaha meningkatkan
prestasi PKS di Malaysia.