Hubungan Antara Kepimpinan Lestari dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah yang Menerima Bai’ah
Date
2016Author
Khairun Najjat, Hussnani
Rabiatul-Adawiah, Ahmad Rashid
Metadata
Show full item recordAbstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan lestari
guru besar dengan prestasi kerja guru sekolah jenis kebangsaan cina yang
menerima bai’ah. Kajian ini melibatkan 218 orang guru sekolah jenis
kebangsaan cina di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Pengumpulan data
bagi kajian ini adalah dengan menggunakan satu set soal selidik berstruktur.
Dapatan kajian mendapati tahap kepimpinan lestari adalah tinggi dengan
skor min 4.11. Tahap prestasi kerja guru juga tinggi dengan skor min 4.24.
Analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan prestasi kerja guru
berdasarkan jantina. Analisis korelasi digunakan untuk menjelaskan
hubungan antara kepimpinan lestari dengan prestasi kerja dan berdasarkan
analisis, didapati terdapat hubungan yang sederhana antara kepimpinan
lestari dengan prestasi kerja guru. Implikasi dan beberapa cadangan
penambahbaikan dalam kepimpinan lestari untuk kajian lanjutan turut
dikemukakan.