Indikator Pertanian Terpilih, Malaysia, 2017
Abstract
Pada 2016, sektor pertanian menyumbang 8.1 peratus atau RM89.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Kelapa
sawit merupakan penyumbang utama kepada KDNK sektor pertanian iaitu 43.1 peratus diikuti pertanian lain (19.5%), ternakan
(11.6%), perikanan (11.5%), perhutanan & pembalakan (7.2%) dan getah (7.1%).