Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2016
Abstract
Statistik perbelanjaan penggunaan isi rumah diperoleh berdasarkan penemuan daripada Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah
(HES) yang dijalankan pada 2016 dan 2017. Penyiasatan ini dilaksanakan melalui kaedah temu ramah bersemuka dalam tempoh
12 bulan sepanjang 2016, merangkumi kawasan bandar dan luar bandar di semua negeri. Penyiasatan ini dijalankan
menggunakan pensampelan berkebarangkalian mewakili semua isi rumah di Malaysia.