Indikator Pertanian Terpilih, Malaysia, 2015
Abstract
Pengeluaran tanaman makanan ruji negara iaitu padi telah meningkat sebanyak 41.0 ribu tan metrik (1.6%) pada 2014 berbanding
tahun sebelumnya. Buah tandan segar (kelapa sawit) telah menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran sebanyak 338.2 ribu tan
metrik (0.4%) manakala getah asli mencatatkan penurunan sebanyak 157.8 ribu tan metrik (19.1%) pada 2014.