Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan Mei 2017
Abstract
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat pada Mei 2017. IP mencatatkan pertumbuhan
sebanyak 1.2% kepada 118.6 mata pada bulan rujukan daripada 117.2 mata pada April 2017. Enam daripada tujuh komponen IP
merekodkan pertumbuhan positif didahului oleh Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (0.6%) dan
Bilangan Syarikat Baru Didaftar (0.2%). Perubahan tahunan IP meningkat kepada 1.9% pada Mei 2017 daripada 1.3% pada bulan
sebelumnya.