Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan Mac 2017
Abstract
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat pada Mac 2017. IP meningkat 1.2% kepada 118.9
mata pada bulan rujukan berbanding 117.5 mata pada bulan sebelumnya. Pertumbuhan yang menggalakkan disokong oleh
peningkatan dalam Bilangan Syarikat Baru Didaftar (1.1%), Import Benar Semi Konduktor (0.4%), Penawaran Wang Benar, M1
(0.3%) dan Jangkaan Nilai Jualan di Sektor Pembuatan (0.1%). Perubahan tahunan IP juga meningkat kepada 1.8% pada Mac
2017 daripada 1.1% pada Februari 2017.