Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan Julai 2017
Abstract
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat pada Julai 2017. IP mencatatkan pertumbuhan
sebanyak 0.2% kepada 118.1 mata pada bulan rujukan daripada 117.8 mata pada Jun 2017. Komponen yang menyumbang kepada
peningkatan adalah Jangkaan Nilai Jualan di Sektor Pembuatan (0.3%) dan Import Benar Semi Konduktor (0.2%). Perubahan
tahunan IP meningkat kepada 2.7% pada Julai 2017 daripada 0.6% pada bulan sebelumnya.