Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan Disember 2017
Abstract
Perubahan tahunan Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat kepada 1.6% pada Disember
2017. Walau bagaimanapun, perubahan bulanan IP mencatatkan penurunan 1.8% pada bulan rujukan. Komponen utama yang
menyebabkan penurunan adalah Import Benar Semi Konduktor (-0.8%) dan Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan
(-0.6%).