Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar, 2015
Abstract
Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2015 membentangkan statistik perbelanjaan perlindungan alam
sekitar bagi tahun rujukan 2014. Sektor yang diliputi adalah pertanian, perhutanan & perikanan; perlombongan & pengkuarian;
pembuatan; pembinaan dan perkhidmatan. Pertubuhan yang terpilih dalam penyiasatan ini menggunakan kaedah pensampelan
rawak strata satu peringkat bagi mengumpul maklumat berkaitan perbelanjaan operasi dan modal yang dikeluarkan untuk
melindungi alam sekitar.