Membina Blog Pemasaran
View/ Open
Date
2014Author
Zulaikha, Jamaluddin
Wan Hussain, Wan Ishak
Metadata
Show full item recordAbstract
Blog merupakan salah satu medium komunikasi yang terkenal abad ini. Blog bukan sahaja berfungsi sebagai medium komunikasi sosial tetapi juga media bagi perkongsian maklumat dan pengetahuan. Sejajar dengan fungsi dan kesan berkenaan, blog boleh menjadi satu medium berkesan bagi pemasaran produk dan perkhidmatan. Buku ini menyediakan panduan bagi pemilik perniagaan untuk membangunkan blog pemasaran mereka. Dalam buku ini, dua alatan penyediaan blog terkenal iaitu Wordpress dan Blogger dibincangkan. Pembaca diberi panduan mudah dan terperinci bagaimana menggunakan fungsian yang ada pada Wordpress dan Blogger bagi membina blog pemasaran mereka yang interaktif. Seterusnya, pembaca diberi panduan mudah bagaimana mengurus dan memantau capaian ke atas laman blog mereka. Pembaca juga diberi panduan menggunakan alatan Flipsnack bagi membina e-katalog perniagaan mereka.
Collections
- Books [132]