Pertubuhan Sukarela Dalam Bantuan Bencana
Abstract
Malaysia telah mengalami berbagai-bagai bentuk bencana alam seperti banjir, kemarau, tsunami, ribut tropika serta lain-lain bencana buatan manusia. Kesan malapetaka-malapetaka ini termasuk kehilangan nyawa, kecederaan, kesengsaraan dan kehilangan atau kerosakan terhadap harta benda. Dengan perubahan iklim dan pemanasan global, Malaysia dijangka akan mengalami banyak lagi kejadian bencana alam. Dalam situasi-situasi kecemasan sebegini, pertubuhan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat menyumbang pelbagai sumbangan kesukarelaan bagi membantu kerajaan dan mangsa-mangsa bencana. Semasa berlaku satu-satu bencana, pertubuhan sukarela atau NGO selalu dipanggil untuk membantu jentera kerajaan.
Collections
- Books [132]