Perbezaan personaliti psiko-spiritual dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Semenanjung Malaysia
Date
2013Author
Nurwahidah, Ab Gani
Nooraini, Othman
Siti Norayu, Mohd Basir
Metadata
Show full item recordAbstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti profil ciri-ciri personaliti psiko-spiritual di Semenanjung Malaysia dari aspek lokasi sekolah (bandar dan luar bandar), jenis sekolah (sekolah berasrama penuh dan sekolah harian), aliran sekolah (aliran agama dan sains teknikal. Sekolah-sekolah yang terlibat di seluruh negeri Semenanjung Malaysia adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SMABK/Maahad), Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/V) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti perbezaan antara sekolah-sekolah tersebut. Kajian ini telah dijalankan secara kuantitatif ke atas 1319 pelajar sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan soal selidik ‘Ummatic Personality Inventory’ (UPI) yang telah diuji kesahannya dan kebolehpercayaannya oleh Nooraini Othman (2008). Di dalam kajian ini, statistik deskriptif dalam bentuk skor min digunakan. Profil menunjukkan bahawa pelajar dari luar bandar lebih berpersonaliti psikospiritual dari aspek Ibadah, Amanah dan Ilmu berbanding pelajar di bandar. Bagi jenis sekolah pula menunjukkan bahawa pelajar sekolah berasrama penuh lebih berciri-ciri Ibadah, Amanah dan Ilmu berbanding pelajar sekolah harian. Pelajar sekolah agama adalah lebih tinggi skor min daripada pelajar sekolah sains teknikal dalam aspek Ibadah dan Amanah mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa remaja, ibu bapa, guru-guru, kaunselor sekolah dan kementerian pendidikan perlu peka terhadap personaliti psiko-spiritual yang berbeza bagi setiap individu pelajar. Ibu bapa dan guru seharusnya memberi perhatian serius untuk memperbaiki personaliti psiko-spiritual dalam kalangan pelajar sebagai khalifah dan hamba Allah, secara tidak langsung dapat menangani masalah sosial Negara.