Perkaitan tahap penerimaan remaja terhadap kempen Tak Nak Merokok dengan kesan kempen Tak Nak Merokok
Abstract
Tabiat merokok dalam kalangan remaja pada hari ini bukan sahaja membabitkan remaja lelaki bahkan kini sudah menular dalam kalangan remaja perempuan di negara ini begitu membimbangkan semua pihak. Kempen Tak Nak merokok dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung masalah ini. Namun tidak diketahui sejauh mana penerimaan remaja terhadap kempen yang dijalankan kerana jumlah remaja merokok saban hari semakin membimbangkan walaupun merokok memberi kesan negatif kepada mereka. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penerimaan remaja dan mengetahui perkaitannya dengan kesan-kesan kempen Tak Nak merokok seperti kognitif, sosioekonomi dan kesihatan remaja yang merokok. Remaja dipilih secara persampelan mudah di sekitar Kuala Lumpur. Mereka yang bersetuju diberi borang soal selidik. Seramai 382 orang remaja merokok telah dipilih daripada populasi remaja di sekitar Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan remaja terhadap kempen adalah di tahap yang sederhana iaitu 55% daripada jumlah responden. Selain itu, hasil kajian juga mendapati antaranya, tahap penerimaan remaja terhadap kempen mempunyai perkaitan secara positif dan signifikan namun lemah dengan kesan kempen Tak Nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia dari aspek terhadap kognitif remaja.