Penggunaan antonim Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Korea
Abstract
Kajian ini melibatkan pelajar Korea dalam pembelajaran antonim bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti antonim bagi tiga puluh tujuh pasang perkataan serta membincangkan penggunaan antonim bahasa Melayu di kalangan pelajar Korea. Kajian ini melibatkan dua belas pelajar di sebuah kelas bahasa Melayu peringkat awalan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Pelajar Korea lelaki dan perempuan ini berumur dari dua puluh hingga dua puluh lapan tahun. Pelajar didedahkan dengan tiga puluh tujuh set antonim bahasa Melayu untuk dipelajari. Setelah penerangan diberikan kepada pelajar, mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil dan perbincangan bersama ahli kumpulan untuk mencari antonim bagi tiga puluh tujuh perkataan tersebut. Pelajar juga diminta untuk membuat ayat dari perkataan antonim tersebut. Perbincangan pelajar dianalisi dengan menggunakan kaedah analisi wacana. Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar dapat mengenal pasti dan membina ayat yang betul bagi antonim perkataan yang diberikan melalui perbincangan. Selain itu, pelajar juga dilihat mempunyai keyakinan dalam membina ayat tersebut serta faham akan penggunaan antonim serta makna setiap ayat tersebut. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang memberi tumpuan kepada penggunaan antonim dalam penulisan karangan pelajar Korea.