Penyelesaian konflik selatan Thailand dengan menggunakan model Gagasan 1 Malaysia
Abstract
Tragedi Masjid Tak Bai dan Krue Sae (Masjid Kerisik) pada tahun 2004 adalah merupakan titik tolak kepada kemusnahan yang berterusan di wilayah Selatan Thailand (Veitch, J. 2007). Sejak insiden tersebut, siri-siri serangan, pembunuhan dan pengeboman menjadi satu lumrah di kawasan Selatan Thailand. Isu besar ini umpama api dalam sekam, Ia sememangnya telah lama berakar umbi dan bergejolak. Cuma masanya belum tiba untuk memuncak hinggalah kedua-dua insiden ini tercetus. Peristiwa besar dalam sejarah negara Thailand ini berlarutan hingga membawa kepada kudeta di Thailand pada tahun 2006 (Martin, C. 2009). Kemudiannya pimpinan negara diambil alih oleh tentera (Sarayud Chulanon) sebelum diserahkan kepada Samak Sundaraj, Somchai Wongsawat dan Abishit Vejjajiva (ASlam, M. M. 2008). Artikel ini memerihalkan pilihanraya pertama sejak 2006 telah diadakan pada Julai 2011 dalam usaha mengembalikan semula demokrasi dan kuasa pentadbiran kepada rakyat jelata yang berlaku di Thailand.