Penggunaan kaedah Kolorimetri Pembentukan Kompleks Kuprum-Sabun dalam penentuan kandungan Asid Lemak Bebas bagi minyak kelapa sawit
Date
2005Author
Suhardy, Daud
Farizul Hafiz, Kasim
Saiful Azhar, Saad
Mustaffa, Nawawi
Looi, Kee Szi
Metadata
Show full item recordAbstract
Kandungan asid lemak bebas merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam mengenalpasti kualiti sesuatu minyak kelapa sawit. Kaedah yang lazim digunakan bagi penentuan kandungan asid lemak bebas dalam minyak kelapa sawit ialah kaedah titratan dengan larutan natrium hidroksida. Bagaimanapun, kaedah ini memakan masa yang panjang dan sukar dilakukan. Melalui kajian ini, suatu kaedah kolorimetri yang ringkas dan cepat telah dibangunkan bagi menentukan kandungan asid lemak bebas dalam minyak kelapa sawit. Kaedah ini berdasarkan kepada pembentukan kompleks kuprum-sabun selepas asid-asid lemak bebas bertindak balas dengan larutan kuprum asetat. Tiga sampel minyak kelapa sawit telah ditentukan kandungan asid lemak bebas melalui kaedah kolorimetri dan titratan. Bagi kaedah kolorimetri, kandungan asid lemak bebas dalam sampel-sampel tersebut ialah 1.93%, 0.77% dan 0.16% w/w. Menggunakan kaedah titratanpula, kandungannya ialah 2.09%, 0.73% dan 0.16% w/w. Hasil kajian menunjukkan kaedah kolorimetri sesuai digunakan bagi penentuan kandungan asid lemak bebas dalam minyak kelapa sawit dengan lebih mudah dan cepat berbanding kaedah titratan.