Reka bentuk sistem Elektro-Pneumatik: pendekatan perisian simulasi berasaskan animasi
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan menyelesaikan masalah pembelajaran subjek Reka bentuk Sistem Elektro-Pneumatik dengan menggunakan pendekatan Perisian Simulasi Berasaskan Animasi (ABSC). Masalah utama subjek ini ialah kesukaran pelajar memahami teori pergerakan komponen-komponen dalaman dalam Sistem Elektro-Pneumatik. Ini kerana ketiadaan alat bantu mengajar yang dapat menunjukkan pergerakan dalaman tersebut. Dalam penyelidikan, perisian simulasi telah dibangunkan secara merujuk segala teori-teori pembelajaran. Perisian simulasi yang dibangunkan telah mengeksploitasi elemen animasi dan multimedia interaktif telah memaparkan dengan jelas segala pergerakan komponen-komponen tersebut, malah ciri interaktif perisian membolehkan pelajar berinteraksi dengan berkesan. Pencapaian pelajar secara ujian pra dan pasca telah dibandingkan bagi kaedah pembelajaran konvensional dengan kaedah ABSC. Keputusan daripada Analisis Varian (ANOVA) melalui Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang nyata dalam peningkatan skor setelah pelajar menggunakan perisian. Sebagai kesimpulan, penggunaan ABSC dapat membantu pelajar memahami konsep yang betul bagi Reka bentuk Sistem Elektro-Pneumatik serta menguasai Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), seterusnya memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik.