Show simple item record

dc.contributor.authorJaharah, A. Ghani
dc.contributor.authorGoh, Geok Yong
dc.contributor.authorChe Hassan, Che Haron
dc.contributor.authorAhmad Rasdan, Ismail
dc.contributor.authorBaba, Md. Deros
dc.date.accessioned2011-09-10T14:35:32Z
dc.date.available2011-09-10T14:35:32Z
dc.date.issued2010-06
dc.identifier.citationThe Journal of the Institution of Engineers, Malaysia, vol. 71(2), 2010, pages 27-34en_US
dc.identifier.issn0126-513X
dc.identifier.urihttp://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2010-181.aspx
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/13709
dc.descriptionLink to publisher's homepage at http://www.myiem.org.my/en_US
dc.description.abstractPemesinan nyahcas elektrik (EDM) ialah proses terma senyap yang menghasilkan beribu-ribu nyahcas elektrik dalam satu saat bagi menghakis keluar isipadu tertentu sesuatu logam. Proses ini digunakan secara meluas dalam situasi untuk memesin bentuk kompleks dan rumit bagi bahan yang sangat keras seperti keluli terkeras. Tetapi, proses ini menghasilkan sifat permukaan yang kurang memuaskan seperti tegangan tegasan baki yang tinggi, kekasaran permukaan yang tinggi, kewujudan retakan dan retakan mikro. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kesan proses EDM ke atas keutuhan permukaan bagi keluli terkeras AISI H13 dengan menggunakan elektrod grafit dan kuprum. Kesan pelbagai parameter EDM ke atas keutuhan permukaan telah dikaji. Parameter EDM yand diambil kira ialah arus puncak (1, 2 dan 4 A), selang masa ON (3, 6 dan 12 µs), selang masa OFF (1, 2 dan 4 µs) dan jenis elektrod (grafit dan kuprum). Daripada topografi permukaan yang diperoleh, selang masa-ON, selang masa-OFF dan arus puncak yang semakin meningkat menyebabkan permukaan EDM menjadi semakin kasar iaitu lebih banyak puncak atau bucu yang terbentuk di permukaan EDM. Juga didapati proses EDM telah menyebabkan pembentukan tiga lapisan iaitu lapisan putih, lapisan sepuhlindap martensit dan lapisan bahan pukal. Keputusan ujian kekerasan mikro bagi elektrod grafit dan kuprum, mendapati kekerasan paling tinggi di lapisan putih iaitu 1130 Hv. Kekerasan bagi lapisan sepuhlindap adalah 543 Hv iaitu lebih rendah daripada lapisan pukal iaitu 550 Hv.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherThe Institution of Engineers, Malaysiaen_US
dc.subjectAISI H13en_US
dc.subjectKeutuhan permukaanen_US
dc.subjectLapisan putihen_US
dc.subjectPemesinan nyahcas elektrik (EDM)en_US
dc.titleKeutuhan permukaan AISI H13 keluli terkeras dalam proses pemesinan nyahcas elektrik (EDM)en_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urljaharah@eng.ukm.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record