• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Rancangan hiburan di televisyen: ke arah peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa'

    Thumbnail
    View/Open
    8.RANCANGAN HIBURAN DI TELEVISYEN KE ARAH PEMINGGIRAN 'BAHASA JIWA BANGSA' - UUM.pdf (198.9Kb)
    Date
    2010-03-29
    Author
    Nasihah, Hashim
    Nuraini, Yusoff
    Marzalina, Mansor
    Faizah, Ahmad
    Ainal Akmar, Ahmad
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Faktor utama yang dikenal pasti dalam pembentukan tamadun manusia ialah agama dan bahasa (Braudel, 1993; Huntington, 1996; T. A. Ridwan, 2004). Kini, tamadun manusia boleh dikatakan berada di puncak kegemilangan, namun agama dan bahasa tetap menunjangi pembentukan modal insan yang menjana ketamadunan tersebut. Tidak hairanlah seandainya sesuatu tamadun akan terhakis dengan terhakisnya bahasa, dan bangsa akan pupus dengan pupusnya bahasa. Justeru, dalam makalah ini akan ditinjau aspek pembangunan modal insan dari sudut penggunaan bahasa Melayu di televisyen. Umum sedia maklum bahawa televisyen antara media yang berkesan untuk mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja dan pelajar. Pandangan ini turut disokong oleh pelbagai dapatan penyelidikan. Jadi, sejauh manakah slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ mendapat sokongan daripada media? Hakikatnya bahasa bukan sahaja melibatkan kata-kata tetapi merangkumi keseluruhan roh dunia bangsa Melayu. Kemusykilan ini telah mendorong pengkaji meneliti rancangan-rancangan hiburan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut ialah Melodi, Sempurnakan Harimu, Muzik Muzik, Mencari Cinta, Terjah, Galaksi, dan Fuhh.. Kajian mendapati bahawa pengacara dan tetamu yang terlibat turut meminggirkan kemurnian bahasa Melayu. Peminggiran bahasa tersebut dapat dikategorikan seperti berikut, iaitu tatabahasa, bahasa rojak, bahasa slanga dan kesantunan bahasa. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana dalam tahun 2010 didapati semakin banyak rancangan hiburan yang lebih ‘berani’ diterbitkan berbanding lima tahun yang lalu. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan menuntut supaya pihak media khususnya penerbit-penerbit rancangan hiburan untuk bertanggungjawab dalam melestarikan kemurnian bahasa melalui pendidikan tidak formal ini agar tidak bersubahat dalam peminggiran ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/8035
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback