Kumpulan pekerjaan graduan 2021 mengikut peringkat pengajian
View/ Open
Date
2022Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Bagi graduan pascasiswazah, sebahagian besar graduan PhD (86.8%; 1,867 graduan) dan sarjana
(76.8%; 10,941 graduan) bekerja dalam kumpulan profesional, diikuti kumpulan pengurus antara 6.6
hingga 8.4 peratus dan juruteknik & profesional bersekutu (3.9 hingga 8.2 peratus).
Kumpulan profesional merekodkan peratusan tertinggi bagi graduan ijazah pertama (50.8%; 43,290
graduan), diikuti juruteknik & profesional bersekutu (16.6%; 14,137 graduan) dan pekerja sokongan
perkeranian sebanyak 13.3 peratus (11,330 graduan).
Tiga (3) kumpulan pekerjaan tertinggi bagi graduan diploma ialah juruteknik & profesional bersekutu,
profesional dan pekerja perkhidmatan & jualan, iaitu antara 18.7 hingga 23.3 peratus.
Sebanyak 22.7 peratus atau 3,965 graduan sijil bekerja dalam kumpulan juruteknik & profesional
bersekutu, diikuti pekerja perkhidmatan & jualan (18.2%; 3,177 graduan) dan pekerja kemahiran & pekerja
pertukangan yang berkaitan (15.8%; 2,759 graduan).