dc.description.abstract | Taj al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari adalah karya yang berfungsi memberikan cadangan, anjuran dan
nasihat terhadap perilaku yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin berteraskan Islam. Karya
karangan tahun 1603 di Acheh ini yang diklasifikasikan dalam perbendaharaan warisan kesusasteraan
Melayu tradisional sebagai genre ketatanegaraan berfungsi bagi membentuk peribadi pemimpin berkualiti
yang dinamai Bukhari sebagai ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi.’ Kualiti diri ‘Yang berakal’ dan ‘Yang
berbudi’ ini antara lain adalah pemimpin yang memahami tugas dan tanggungjawab; beriman dan beramal
salih; mengamalkan sifat sederhana; bijaksana; mendampingi kehidupan rakyat; menghormati ulama;
menjadikan peribadi yang adil pada masa lalu sebagai contoh; dan mengasihi rakyat. Segala yang
diutarakan Bukhari ini adalah selari dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan Tun
Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 dalam berusaha ke arah pembentukan individu yang
berketrampilan – perkasa diri dari segi fizikal, jasmani, intelek dan rohani. Modal insan itu adalah individu
yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan santun, berdisplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal
dan berdaya saing. Jelasnya, modal insan alaf ke-21 ini adalah sepadan dan seiras ‘Yang berakal’ dan
‘Yang berbudi’Bukhari pada awal abad ke-17 lagi iaitu sekitar 400 tahun lalu. Sehubungan ini, dalam usaha
ke arah membangunkan modal insan menerusi sistem pendidikan maka sastera Melayu tradisional
khususnya karya Taj al-Salatin perlu diambilkira untuk direnungi dan diketengahkan agar pemikiran
Melayu silam tidak terabai. | en_US |