Program Didik Cemerlang: memperkasakan pelajar Melayu Negeri Perlis
Date
2010-03-29Author
Hirwan Jasbir, Jaafar
Mahyun, Ab Wahab
Raja Shah Erman, Raja Ariffin
Mohd Hizazy, Yusof
Mohd Jabar Tariq, Alizul Pakar
Metadata
Show full item recordAbstract
Dewasa ini, pendidikan merupakan teras kepada kecemerlangan sesebuah umat dan bangsa. Dalam
memartabatkan sesebuah bangsa, aspek ekonomi, pendidikan dan sosial haruslah selari dengan
perkembangan dunia. Imam al-Ghazali pernah berkata kemuliaan seseorang manusia adalah kepada
tingkatan ilmu yang dimiliki. Justeru ilmu memainkan peranan penting dalam membezakan taraf sesuatu
bangsa. Justeru Program Didik Cemerlang telah dirangka bagi tujuan membantu dan membimbing pelajar - pelajar
bagi tujuan menghadapi peperiksaan utama iaitu Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran
Malaysia. Program Didik Cemerlang ini akan berlangsung selama setahun bermula dari bulan Mac 2009
sehinggalah pelajar menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.
Program ini melibatkan seramai 267 orang yang terdiri daripada 165 orang pelajar yang akan mengambil
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan 102 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penerusan kelas dan bimbingan setiap bulan
memberikan impak besar terhadap keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Lebih dari 65
peratus pelajar mendapat keputusan A dalam ketiga-tiga mata pelajaran yang ditumpukan dalam
peperiksaan Penilaian Menegah Rendah. Malah hampir 94 peratus pelajar yang menyertai program ini
bersetuju dan menyokong agar program seperti ini diteruskan di masa hadapan. Justeru program seperti ini
perlu dilaksanakan setiap tahun agar tahap pencapaian anak Melayu ditingkatkan agar mereka mampu
bersaing dengan pelajar-pelajar lain.
Collections
- Conference Papers [2600]