Kesan faktor demografi terhadap keberkesanan e-pembelajaran di pusat pengajian tinggi di Malaysia
Date
2010-03-29Author
Md. Aminul Islam
Noor Asliza, Abdul Rahim
Wan Sallha, Yusoff
Tan, Chee Liang
Metadata
Show full item recordAbstract
Kajian ini dibuat untuk melihat kesan faktor demografi terhadap keberkesanan sistem e-pembelajaran.
Pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi dipilih secara rambang untuk tujuan menilai
keberkesanan sistem pembelajaran dalam proses pembelajaran pelajar. Seterusnya data diproses
dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil daripada data yang di perolehi menunjukkan bahawa faktor
umur, program pengajian dan juga tahap pendidikan pelajar mempunyai hubungan yang signifikan
dengan keberkesanan sistem pembelajaran secara elektronik. Oleh itu, dicadangkan agar kajian semula
terhadap kaedah penyampaian dalam proses pembelajaran dilakukan sebelum memulakan pengajaran
dengan mengambil kira tentang latar belakang pelajar. Perbandingan harus dilakukan antara
keberkesanan secara elektronik dan kaedah pembelajaran secara tradisional melalui penilaian pelajar
selepas sesi kuliah. Pemeriksaan yang rapi dan teliti harus dilakukan. Pusat pengajian tinggi juga
disarankan agar melihat sejauh mana kebolehan pelajar menggunakan teknologi e-pembelajaran
sebelum memperkenalkan sistem teknologi pembelajaran dalam talian (online) bagi melihat
kemampuan dan kebolehan mereka dalam menggunakan sistem e-pembelajaran dalam proses
pembelajaran mereka.
Collections
- Conference Papers [2600]