Kajian konseptual mengenai peranan media sosial dalam mempengaruhi hasrat pembelian fesyen lestari dalam kalangan belia
View/ Open
Date
2022Author
Aiman Nadia, Mohd Razin
Sharifah Nadiah, Syed Mukhiar
Metadata
Show full item recordAbstract
Industri fesyen merupakan salah satu industri utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar
termasuk di Malaysia. Berikutan itu, fesyen lestari semakin diketengahkan dan menjadi perhatian. Namun
begitu, masyarakat Malaysia terutamanya belia dikatakan kurang menyertai aktiviti kelestarian walaupun
sedar akan masalah persekitaran yang berlaku. Media sosial mempunyai peranan yang signifikan sebagai
alat komunikasi bagi membentuk sikap dan persepsi pengguna terhadap sesuatu produk. Ia boleh menjadi
alat komunikasi yang berkesan untuk mendidik masyarakat tentang fesyen lestari. Kajian lepas menunjukkan
bahawa media sosial menjadi platform yang berguna dalam berkongsi pengetahuan maklumat mengenai
produk fesyen lestari. Walau bagaimanapun, kajian tentang kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia
mengenai impak media sosial dalam membentuk hasrat pembelian fesyen lestari masih belum dikaji. Oleh itu,
kertas konseptual ini bertujuan untuk mencadangkan satu kerangka konseptual untuk mengkaji perspektif
dan kesedaran belia mengenai fesyen lestari serta mengenalpasti peranan media sosial yang mempengaruhi
hasrat pembelian fesyen lestari dalam kalangan belia di Kuala Lumpur.