Hikayat Sultan Ibrahim Adham: Perlambangan Ujian Hidup Berpandukan Kalam Tuhan
View/ Open
Date
2019Author
Muhammad Ghazali, Mohd Ros
Shaiful Bahri, Md. Radzi
Metadata
Show full item recordAbstract
Sufi atau tasawuf merupakan salah satu wadah penyebaran Islam di Alam Melayu. Berbeza dengan disiplin ilmu fekah yang lebih mementingkan hal-hal berkaitan hukum hakam, tasawuf sebaliknya memberikan tumpuan khusus kepada aspek tazkiyatun nafs (penyucian jiwa). Alam Melayu telah menyaksikan munculnya ramai tokoh tasawuf, disamping turut mencetuskan perdebatan hebat yang masih menjadi perbincangan sehingga ke hari ini. Kesannya, wujud sebahagian masyarakat yang memandang serong terhadap hal-hal berkaitan kesufian. Sebagai sebuah hikayat yang popular dalam tradisi kesusasteraan sufi, Hikayat Sultan Ibrahim Adham telah memancarkan ketinggian akhlak, serta perjalanan salik seorang hamba dalam mencapai cinta Khaliqnya. Sehingga kini, terdapat pelbagai kajian yang telah menyentuh perihal kezuhudan watak utamanya, Sultan Ibrahim Adham. Walau bagaimanapun, penafsiran hikayat tersebut dalam konteks dakwah secara harfiah bakal menimbulkan tanggapan yang negatif, serta salah faham terhadap golongan sufi dalam menanggapi rentetan ujian hidup. Golongan sufi dilihat seolah-olah tidak bertanggungjawab terhadap kehidupan dengan meminggirkan hal-hal berkaitan keduniaan serta kekeluargaan, sehingga ia dilihat tidak lagi relevan dalam kehidupan masyarakat masa kini. Sebagaimana kebanyakan naskhah sufi yang lain, Hikayat Sultan Ibrahim Adham juga memiliki perlambangan yang perlu diterjemahkan dengan lapis makna yang lebih mendalam. Dengan berpandukan pendekatan Al-Quran, makalah ini akan menafsirkan Hikayat Sultan Ibrahim Adham sebagai sebuah perlambangan terhadap tiga bentuk ujian terbesar dalam kehidupan manusia iaitu wanita, zuriat keturunan, serta harta kekayaan. Kesemua ujian tersebut dilihat sentiasa hadir dan berputar sepanjang zaman. Justeru, ianya bakal memperbetulkan salah faham masyarakat, serta mengangkat kembali kedudukan hikayat tersebut sebagai naskhah sufi yang masih relevan untuk dihayati, serta diteladani sehinga ke hari ini.
Collections
- Conference Papers [2600]