dc.contributor.author | Melor Fauzita, Md. Yusoff | |
dc.contributor.author | Maizatul Azura, Yahya | |
dc.contributor.author | Nor Hasimah, Ismail | |
dc.contributor.author | Noor Shapiza, Salleh | |
dc.date.accessioned | 2020-12-23T02:55:16Z | |
dc.date.available | 2020-12-23T02:55:16Z | |
dc.date.issued | 2019 | |
dc.identifier.citation | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 153-158 | en_US |
dc.identifier.isbn | 978-967-0922-79-9 (online) | |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69094 | |
dc.description | Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/ | en_US |
dc.description.abstract | Kesantunan berbahasa merupakan salah satu agenda penting dalam prinsip Rukun Negara Malaysia. Pengiktirafan kepentingannya terserlah melalui prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Amalan murni ini sememangnya wajar diaplikasikan oleh seluruh anggota masyarakat khasnya dan tidak terkecuali dunia pendidikan amnya. Kertas kerja ini akan meneliti penggunaan kesantunan berbahasa di sekolah dalam konteks hebahan yang dilakukan oleh warga sekolah. Kesantunan berbahasa dalam hebahan adalah penting kerana keperibadian penuturnya terpancar semasa ujaran dibuat dalam sebarang bentuk hebahan sama ada hebahan secara terancang mahupun spontan. Tidak dinafikan, institusi pendidikan terutamanya sekolah sering menjadi salah satu ‘penanda aras’ bagi anak didik dan masyarakat sekeliling untuk menilai kredibiliti para pendidik khasnya dari aspek kesantunan berbahasa. Oleh hal demikian, hebahan yang dibuat di sekolah perlulah dikaji untuk melihat sama ada sesuatu maklumat atau mesej yang disampaikan turut mementingkan aspek kesantunan berbahasa atau tidak. Tumpuan kajian hanya akan melibatkan penggunaan sistem panggilan yang digunakan dalam hebahan yang dibuat. Perbincangan dilakukan secara deskriptif kualitatif berdasarkan Amat Juhari Moain (1992), Awang Sariyan (2007) dan Asmah Hj. Omar (1980). Dapatan mendapati, setiap hebahan yang dibuat menggunakan bahasa yang bersantun. Penghebah sangat mementingkan aspek kesantunan berbahasa khasnya melalui pemilihan penggunaan sistem panggilan yang sesuai. Dalam hal ini, penghebah sedar penggunaan bahasa yang santun perlu dititikberatkan tidak kira semasa berkomunikasi secara formal atau tidak formal demi mendidik warga sekolah ke arah menggunakan bahasa yang bersopan santun sesuai dengan kehendak Rukun Negara di samping merealisasikan agenda pendidikan negara untuk melahirkan masyarakat yang antara lain berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. | en_US |
dc.language.iso | ms | en_US |
dc.publisher | Penerbit UniMAP (UniMAP Press) | en_US |
dc.relation.ispartofseries | Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19); | |
dc.subject | Kesantunan berbahasa | en_US |
dc.subject | Sistem Panggilan | en_US |
dc.subject | Hebahan | en_US |
dc.subject | Sekolah | en_US |
dc.subject | Komunikasi formal | en_US |
dc.title | Sistem panggilan dalam hebahan di sekolah: suatu realiti penggunaan kesantunan berbahasa | en_US |
dc.type | Article | en_US |