• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Impak pendidikan Bahasa Melayu terhadap tahap kesetiaan berbahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa

    No Thumbnail [100%x80]
    View/Open
    Main article (527.0Kb)
    Date
    2019
    Author
    Mohd Isha, Awang
    Abdull Sukor, Shaari
    Yaakob, Daud
    Zolkefli, Bahador
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Mahasiswa Institusi Pendidikan Awam dalam negara telah melalui sistem pendidikan formal bermula sejak sekolah rendah sehingga pada peringkat sekolah menengah. Dalam mengikuti pendidikan tersebut, mereka perlu mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dengan kepujian untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam negara. Setelah belajar Bahasa Melayu dalam tempoh yang lama, adalah diharapkan pelajar berkenaan akan setia, selesa dan menggunakan bahasa kebangsaan ini dalam menelusuri kehidupan mereka di IPT. Kajian ini dilakukan bagi meninjau tahap kesetiaan dalam kalangan mahasiswa setelah mereka melalui sistem pendidikan yang mewajibkan lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan sampel yang terdiri daripada mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrument soal selidik diadaptasi daripada Gardner Attitude/Motivasi Ujian Bateri (AMTB). Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kajian menunjukkan bahawa tahap kesetiaan berbahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa masih menunjukkan tahap yang membanggakan. Dapatan ini memberikan implikasi yang positif berhubung tahap kesetiaan terhadap Bahasa Melayu dalam negara biarpun terdapat perbezaan tahap yang ketara dalam kelompok etnik yang berbeza. Faktor motivasi, sikap, kemahiran dan kebimbangan mempengaruhi tahap kesetiaan berbahasa dalam kalangan mahasiswa. Tahap kesetiaan ini wajar terus dipupuk dengan meningkatkan tahap motivasi, kemahiran dan sikap mahasiswa serta mengurangkan tahap kebimbangan mereka untuk menggunakan Bahasa Melayu ini. Ini dapat memastikan kelangsungan identiti Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara dan bahasa perpaduan dalam masyarakat pelbagai keturunan dan budaya dapat dipertahankan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69091
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    NoThumbnail