• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Kearifan tempatan masyarakat Batujaya dalam pembuatan Bata Candi

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (1.511Mb)
    Date
    2019
    Author
    Muhamad Shafiq, Mohd Ali
    Zuliskandar, Ramli
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kompleks Percandian Batujaya terletak dalam daerah Kabupaten Karawang, pantai utara Jawa Barat. Kompleks percandian ini terletak dalam dua kawasan pentadbiran desa, iaitu Desa Segaran dan Desa Telagajaya. Terdapat lebih daripada 20 buah runtuhan bangunan bata yang merupakan monumen candi tersebar dalam lingkungan 5 km persegi yang mana kawasan ini terdiri daripada sawah padi. Dalam kajian ini, tumpuan utama diberikan kepada kearifan masyarakat tempatan dalam teknologi pembuatan bata sebagai bahan binaan utama monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua sumber iaitu sumber pertama dalam bentuk data saintifik yang didapati daripada hasil analisis kandungan kimia bata dan sumber kedua adalah melalui penulisan-penulisan awal yang telah dibuat oleh pengkaji sebelum ini. Analisis kandungan kimia sebagai sumber pertama diperoleh daripada dua kaedah iaitu dengan menggunakan radas Sinar-X Terbelau (XRD) untuk mendapatkan kandungan mineral bata dan Sinar-X Berpendarflor (XRF) untuk mendapatkan maklumat unsur utama serta unsur surih bata. Bata daripada enam buah candi dipilih sebagai sampel kajian ini. Candi yang dipilih adalah Candi Jiwa, Candi Blandongan, Candi Asem, Candi Damar, Candi Lingga dan Candi Serut B. Analisis kandungan mineral bata mendapati terdapatnya mineral anortit dan hematit pada kebanyakan bata. Ini menunjukkan bata telah dibakar pada suhu melebihi 850oC. Ini menunjukkan bahan mentah yang digunakan mempunyai kandungan pasir yang tinggi. Taburan sampel secara berkelompok menunjukkan sampel bahan mentah yang digunakan untuk membuat bata diambil daripada kawasan yang sama atau berhampiran. Perbandingan taburan antara sampel bata dan juga sampel lempung dari kawasan sekitaran Kompleks Percandian Batujaya menunjukkan terdapatnya persamaan dalam kandungan unsur utama pada kedua-dua sampel. Ini membuktikan bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan bata diambil dari kawasan sekitar Kompleks Percandian Batujaya. Penggunaan bahan mentah setempat dapat membuktikan peranan masyarakat tempatan dalam membina dan membangunkan monumen candi di Kompleks Percandian Batujaya.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69090
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback