• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Manifestasi keluhuran wanita dalam peribahasa Cerminan Peradaban Melayu

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (559.4Kb)
    Date
    2019
    Author
    Zabedah, Mohammed
    Shaiful Bahri, Md Radzi
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kertas kerja ini membicarakan pelukisan keluhuran wanita Melayu yang dirungkai menerusi peribahasa. Keluhuran wanita merujuk kepada sifat mulia yang ada pada mereka sama ada digambarkan secara lahiriah mahupun batiniah. Mengikut klas gender, wanita diletakkan sebagai jantina kelas kedua dalam masyarakat Melayu tradisional. Namun begitu, kehasilan ungkapan tentang wanita memperlihatkan bahawa mereka tidak dipinggirkan malahan ditatang oleh masyarakat Melayu walaupun dicitrakan secara negatif. Dalam perbincangan ini, keluhuran wanita berfokus pada fitur dan fiil golongan tersebut. Orang Melayu memiliki ukuran tentang fitur dan fiil wanita. Seolah-olah terdapat syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi dan diamalkan oleh wanita Melayu seperti yang dipateri dalam peribahasa. Wanita akan dipuji sekiranya mempamerkan keakuran dan disinis serta dikecam atas tindakan yang bercanggah. Rasionalnya, orang Melayu berkeinginan golongan wanita memiliki kecantikan yang menyeluruh secara lahiriah mahupun batiniah. Keluhuran wanita dalam makalah ini dicermati secara analisis dokumen dan berlandaskan sifat wanita yang disusun oleh Tenas Effendy (1989) dalam naskhah Perempuan Dalam Acuan Budaya Melayu Riau. Hasil daripada penelitian tersebut didapati bahawa orang Melayu mempunyai piawaian mengikut acuan mereka untuk membentuk wanita ideal. Kemuliaan wanita dicitrakan dari segi rupa paras yang cantik, bentuk badan yang anggun, santun dalam pergerakan, serta berkeperibadian mulia. Kemuliaan wanita yang terungkap dalam khazanah lisan ini amat relevan dan bersifat malar segar. Pemahaman tentang keluhuran wanita mampu memperlihatkan kelestarian peradaban Melayu sejak berabad-abad yang lalu yang tidak menongkah zaman malahan praktikal sehingga era ini.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69083
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback